Friday, September 19, 2008





Rasuah di Sarawak serius

Dikategorikan antara yang catat jumlah kes rasuah tertinggi di negara ini
KUCHING: Sarawak dikategorikan antara negeri yang mencatatkan jumlah kes rasuah tertinggi di negara ini, kata Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) Sarawak Mohd Yusoff Akope.
Menurut statistik BPR, seramai 453 orang ditahan kerana pelbagai kesalahan rasuah di seluruh negara sepanjang tempoh lapan bulan pertama tahun ini.
“Daripada 453 orang yang diberkas ini, 11 peratus atau 49 orang yang ditahan oleh BPR Sarawak telah dihadapkan ke mahkamah.
“BPR Sarawak turut menerima 880 aduan berhubung gejala rasuah, daripada jumlah ini kita telah membuka 77 kertas siasatan dan 353 fail pertanyaan risikan,” katanya ketika ditemui pada majlis Program Gerak Mesra BPR-JAIS Bersama Masyarakat di Pusat Penerangan Islam di sini, semalam.
Majlis anjuran BPR Sarawak itu dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Datu Misnu Taha.
Yusoff menambah, kumpulan pengurusan dan profesional merupakan golongan yang paling ramai terlibat dengan kes rasuah di negeri ini.
“Tangkapan melibatkan golongan profesional ialah seramai 16 orang, kumpulan sokongan (14), swasta (12) dan orang awam, tujuh orang,” katanya sambil menambah, 68 kes lagi sedang dibicarakan di beberapa mahkamah di negeri ini.
Beliau turut menafikan tuduhan pihak tertentu yang mendakwa BPR hanya meng-ambil tindakan terhadap golongan ‘ikan bilis’ berbanding ‘ikan jerung’, sebaliknya memberi jaminan bahawa BPR tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terlibat dengan rasuah.
Sungguhpun demikian, katanya jenayah rasuah di negara ini dikategorikan berada di tahap sederhana berdasarkan Indek Persepsi Rasuah (CPI) yang dikeluarkan oleh Transparensi International.
“Malaysia berada pada paras lima daripada 10 mata penuh ukuran CPI,” tambahnya.

ADUHAI MENIPU NYE BERITA TENTANG RASUAH!!!SEMUA POLIS AMBIK RASUAH KT SINI!!!TAPI TERPAKSA KENA TUTUP CERITA TU...SEMUA POLIS PRG CLUB SEMUANYE FREE...

No comments: