Thursday, February 12, 2009

SEKITAR INTIPATI CERAMAH DIRUMAH MB PERAK ehsan by YB CINA MUSLIM(http://idhamlim.blogspot.com/)


Anwar : Kita menang dengan suara majoriti.

IPOH : Kita menang dengan suara majoriti kerana rakyat mahukan perubahan dan kita tabal kan Nizar sebagai Menteri Besar Perak, demikian antara ucapan DS. Anwar Ibrahim dalam ceramahnya di Kediaman Menteri Besar Perak di sini.

Beliau juga menegaskan khianat kepada perjuangan tidak boleh dimaafkan dan kita beri jaminan bila ada PR kita humbankan mereka..

Kita sokong kerana jiwanya jiwa hendak bela rakyat perak. Dia tidak menkayakan dirinya .

Apa salah bagi tanah kepada tanah kepada orang Cina dan India di Kampong Baru. Sambil mempersoalkan seluruh genting Hingland bagi kepada siapa,

Bagi tanah kepada taukeh tidak apa, bagi tanah kepada Cina miskin salah. Kita wajib tolong orang miskin tidak kira melayu Cina dan India.Kata Anwar.

Anwar menyeru dan menegaskan kalau hendak selamat kita hendaklah bangkit bersama,

Pendirian PR cukup jelas, Hj Abdul Hadi, Lim Kit Siang dan saya, kita sepakat secara prinsip untuk bela rakyat dan kedaulatan raja-raja melayu dipertahan.


Abdul Hadi : Wajib pertahan amanah.

IPOH ; Nizar tidak meminta sedekah jawatan dan beliau diminta memegang dan diberi kepercayaan, kerana diberi maka wajib dia mempertahankan amanah itu, kata DS TG Hj Abdul Hadi Awang dalam ceramahnya.

Beliau dipilih melalui pilihanraya, walaupun dia seorang manusia yang ada kelemahan tetapi beliau tidak boleh dipecat dengan sewenang-wenangnya, Kata Abdul Hadi.

"Sila beritahu apakah penyelewengan yang beliau lakukan jika ada, ada rasuah dan sebagainya." tanya Abdul Hadi.

Kita berkumpul untuk menyatakan kepada seluruh Rakyat dan seluruh dunia bahawa DS adalah MB yang sah dan dia masih Menteri Besar.

"Kalau hendak dihentikan mesti dengan cara yang beradab bukannya dengan cara merompak di tengah jalan."

Tanya "adakah rakyat Perak boleh menerima kerajaan penyamun ?"

Pakatan Rakyat telah mengumpulkan rakyat dari berbagai bangsa dan agama bersatu dengan sebulat suara untuk menentang BN yang tidak ada maruah dan harga diri.

Presiden PAS itu mengajak semua menunjukkan sikap dan bangkit dengan kesedaran, laksana pokok yang berbuah untuk manusia.

Kita akan bangkit sebagai umat Malaysia yang berbagai bangsa dan agama untuk menegakkan kebaikan, kerana kita berada dalam satu kapal dan jangan benarkan orang tebuk kapal itu.

"Mari kita menghalau hantu dan jembalang yang berkuasa di Perak." seru Abdul Hadi.

"Cantas pemimpin-pemimpin yang celaka dan humbankan ke laut." katanya diakhiri ucapan.


Tan : kami tidak mahu kamu datang ke Perak.

IPOH : Negeri ini memerlukan pilihanraya semula, mari kita nyahkan Najib balik ke KL sebagaimana orang Terengganu menghalau Najib .Kata Naib Pengerusi Tan Sing Giaw dalam ceramahnay sebentar tadi.

‘Kami tidak mahu kamu datang ke Perak” ucap Tan dalam bahasa Manderin
Harap kita membawa kes ini kepada mahkamah dan semua orang mengharapkan kehakiman masih bebas dan boleh memberi keputusan yang betul untuik Perak Darul Ridzuan dan bukan Darul Zalim.


Nizar ; jangan pijak kepala rakyat.

IPOH : Bahawa keputusan dan yang dibuat adalah untuk menaikan martabat dan menaikan imej dengan menyerahkan kepada rakyat dengan diadakan pilihanraya semua.Demikian antara ucapan MB Perak, DS Muhammad Nizar Jamaluddin dalam ceramahnya sebentar tadi.

Beliau berkata kita nyatakan adalah mengembalikkan hak kepada rakyat yang telah diharu biru oleh Najib.

Dia juga memberi amaran jangan berlaku biadab dengan rakyat Perak, dan jangan pijak kepala rakyat.

Apa yang berlaku adalah rampasan kuasa dan diketahui oleh seluruh dunia dan seru tinggalkan perjuangan BN dan bangunkan supaya kita nyahkan BN dari bumi perak.

Mohon dari Allah dan bermunajat supaya Allah selamatkan negeri Perak.

No comments: